Khabar Duka, Hafizatul Syuhada Meninggal Dunia Kemalangan Dua Motosikal. Al Fatihah

Khabar Duka, Hafizatul Syuhada Meninggal Dunia Kemalangan Dua Motosikal. Al Fatihah 


Khabar duka, Hafizatul Syuhada Meninggal Dunia kemalangan dua motosikal. Al Fatihah 

Post By Admin

BAGAN SERAI – Seorang pelajar perempuan maut manakala rakannya parah dalam nahas membabitkan dua motosikal di Jalan Kubu Gajah, Semanggol di sini pada Sabtu.


RAKAMAN ADA DI BAWAH SEKALI


Dalam kejadian sekitar jam 1.50 petang itu, mangsa, Nurul Hafizatul Syuhada Zinun, 17, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala.

  

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, laporan awal kemalangan melibatkan dua motosikal jenis SM Sport dan Demak Spark yang dinaiki empat remaja perempuan.

Menurutnya, kejadian berlaku apabila kedua-dua kenderaan dari arah yang sama iaitu Semanggol menuju ke Kubu Gajah.

            

Katanya, dua lagi mangsa dilaporkan mengalami kecederaan ringan. “Mayat dihantar ke Hospital Parit Buntar dan punca kematian disebabkan kecederaan teruk di bahagian kepala.


“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Salam takziah

Al-fatihah (dibaca)

بِسْم ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞ صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ امين


Semoga Allah terima segala amalan arwah dan mengangkat darjatnya disisi Allah,

Semoga pemergian arwah menjadi kerehatan sebenar dari urusan dunia,

Semoga dilindungi dari seksa kubur dan semoga roh arwah ditempatkan dikalangan para solehah,


Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad.

Amiin Amiin Amiin..


Ucapan Takziah Kematian

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman…. Aaamiin Ya Robbal Aalamiin..