KUALA LUMPUR: Penyanyi era 1970-an, Halil Chik, 70, meninggal dunia di Hospital Ampang, dekat sini, kira-kira jam 7 pagi tadi, akibat serangan angin ahmar dan jantung ringan, kencing manis serta darah tinggi.
Rakan baiknya, Datuk Tommie Tumiran berkata, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di sisi anaknya.
"Sepuluh hari lalu arwah dimasukkan ke hospital akibat serangan angin ahmar selepas jatuh dari katil di rumahnya di Bukit Antarabangsa.
Pada hari pertama, dia kelihatan baik saja, masuk hari kedua dan seterusnya keadaan kurang stabil.
"Semalam, keadaannya makin teruk hingga tidak boleh makan.
Ketika anak sulungnya menjaganya di hospital, saya mendapat khabar bahawa dia sudah meninggal dunia pada jam 7 pagi tadi.
“Jenazah dimandikan di Masjid Bukit Antarabangsa dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana jam 5.30 petang ini bagi menunggu ketibaan keluarga dari Singapura," katanya kepada Bernama News.
Halil atau nama sebenarnya, Abdul Halil Chik berstatus duda sejak 21 tahun lalu mempunyai dua anak lelaki, masing-masing berusia 22 dan 23 tahun.
Sejak menceburi arena nyanyian pada 1970-an, antara dendangannya yang menjadi siulan ramai adalah Joget Bunga Melati, Kemesraan, Sejak Mengenal Cinta dan koleksi lagu hari raya.
Beliau yang popular dengan lagu Kemesraan, Joget Bunga Melati dan Pertemuan Pertama dimasukkan ke Hospital Ampang setelah diserang angin ahmar di kediamannya di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur pada 19 Jun lalu.
Ini disahkan sahabat baiknya, Datuk Tommie Tumiran yang mewakili keluarga Halil ketika dihubungi.
Beliau memaklumkan bahawa jenazah Halil mungkin akan dikebumikan selepas solat Asar sebab menanti adik-beradik arwah dari Singapura.
Menurutnya lagi, Halil dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dua minggu lalu kerana tekanan darah yang sangat tinggi melebihi bacaan 200.
Tekanan darah yang membawa pada strok itu menyebabkan bahagian tubuh sebelah kiri termasuk tangan dan kakinya sukar digerakkan.
Menurut laman Bernama News, Datuk Tommie berkata beliau dihubungi anak Halil yang meminta bantuan datang ke rumah mereka kerana penyanyi itu tidak boleh bangun.
Tambahnya, beliau kemudian memanggil seorang rakan berbadan sasa untuk mendokong Halil masuk ke kereta selepas dibawa turun dari kondominium kediaman penyanyi itu.
Halil, 70 tahun, yang nama sebenarnya Abdul Halil Rokiah, pernah juga merakam album bersama kumpulan Trio Manja yang mempopularkan lagu Hari Raya, Lenggang Mak Limah.
Trio Manja dianggotai Aida Ahmad, Jamaliah Arshad dan Hamidah Ahmad.
Halil juga pernah diberi penghormatan dengan mengadakan konsert di Esplanade, Satu Malam Bersama Halil Chik pada 2015.
Rakan seperjuangan dalam seni, Rahimah Rahim, menyifatkan Halil sebagai sahabat yang baik hati dan lembut tutur katanya.
“Kami selalu berduet dalam rancangan hiburan di Singapura. Beliau sahabat seni yang disayangi ramai dan sangat dihormati,” katanya.
Halil yang berstatus duda meninggalkan dua anak lelaki berusia 23 tahun dan 19 tahun.
Jenazahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, Kuala Lumpur.
Salam Takziah