Khabar Pilu, RIP.. Pelawak dan Pelakon Terkenal Mayat Accapan Dibakar Kira Kira Pukul 6:30 Petang. Salam Takziah

Khabar Pilu, RIP.. Pelawak dan Pelakon Terkenal Mayat Accapan Dibakar Kira Kira Pukul 6:30 Petang. Salam Takziah 
Post By Admin, January 27, 2023

PUCHONG: Perkarangan rumah mendiang Samynathan Rethinam atau lebih mesra disapa Acappan dipenuhi ahli keluarga dan kenalan rapat sejak pukul 2 petang Jumaat bagi memberi penghormatan terakhir kepada pelawak terkenal itu.


Suasana sayu dan suram menyelubungi rumah mendiang di Taman Puchong Utama ketika upacara keagamaan dijalankan.


Menurut maklumat ahli keluarga, mayat Acappan dibakar di Krematorium Simpang Lima, Klang kira-kira pukul 6.30  petang.

Antara rakan artis yang kelihatan mengunjungi rumah mendiang ialah pelakon dan pelawak Farouk Hussein serta Yassin Yahya.

Yassin ketika ditemui berkata dia tidak menyangka mendiang menghidap penyakit serius.

"Mendiang aktif bersukan, malah saya kerap bermain bola bersamanya dan dia langsung tidak menunjukkan sebarang masalah kesihatan.

"Pemergian Acappan adalah kehilangan besar buat industri hiburan negara," ujarnya kepada mStar Online.


Suasana sayu di rumah mendiang di Taman Puchong Utama.

Acappan meninggal dunia kira-kira pukul 2.43 pagi Jumaat akibat kegagalan buah pinggang.

Pelawak veteran itu meninggalkan seorang isteri, Yogeswari Subramaniam 53, dan tiga orang anak iaitu Vikneshwaran 31, Dhineshwaran 28 dan Yhuveneshwary 24.

Mendiang antara artis berbangsa India yang popular dalam indusri hiburan Melayu sejak tahun 1980an dan dicungkil bakat menerusi rancangan siaran RTM iaitu Santan Berlada dan juga terlibat dalam filem Melayu antaranya Mira Edora, Sejati, Adik, Rimba Malam, Sahabat, Simfoni Kasih, Suratan Kasih, Bisikan Kasih dan Ghazal Untuk Rabiah.


"Upacara penghormatan terakhir akan dilakukan di rumah di Taman Puchong Utama, kira-kira jam 3 petang ini," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.


Mendiang Accapan adalah pelawak berbangsa India yang sangat dikenali dalam industri hiburan tempatan sejak era 1970-an.


Namanya semakin sinonim sebagai pelawak apabila membintangi sitkom Santan Berlada pada era 1980-an bersama Khairul Azhar dan Allahyarham Ali Mamak.


Mereka pernah merakamkan album Trio Santan Berlada dan Trio Santan Berlada II yang menampilkan irama dangdut, raggae, rock dan pop dalam bahasa Tamil.


Kebanyakan seleksi adalah lagu Melayu yang ditukar liriknya.


Dilahirkan di Parit Buntar, Perak pada 27 Januari 1958, figura seni itu turut menyerlah dia arena perfileman dengan kali terakhir membintangi filem Mamak Cupcake arahan Woo Ming Jin pada 2012.


Antara filem lakonannya yang lain seperti Mira Edora, Sejati, Adik, Rimba Malam, Sahabat, Simfoni Kasih, Suratan Kasih, Bisikan Kasih, Ghazal Untuk Rabiah, Jin Notti dan Gila Bola.


Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) melalui Setiausaha Agungnya, Hafiz Nafiah turut mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang.

Salam Takziah..