KUALA LUMPUR: Pelakon berbakat besar, R.Ramassuntran menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Kuala Lumpur sekitar antara pukul 2.00 ke 2.30 pagi tadi.
PELAWAK R Ramassuntran meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) awal pagi tadi.
Berita sedih itu dimaklumkan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dalam kenyataan menerusi hantaran Facebook, hari ini.
Difahamkan, pelakon berusia 57 tahun itu mengalami bengkak kaki sebelum dibawa ke unit Kecemasan HKL kira-kira jam 12 tengah malam tadi.
“Kita kehilangan seorang pelakon, pelawak, penyanyi, pengarah yang sangat ‘dedicated’ dan ‘committed’ dengan kerjanya.
“Hari ni Ramassuntran Rengan menghembuskan nafas terakhirnya, meninggalkan kenangan manis kepada semua sahabat. Salam takziah buat isterinya, Kamala dan keluarga. Goodbye Rama, you may rest now,” kata kenyataan itu.
Menurut Seniman, Ramassuntran menghembus nafas terakhir kira-kira jam 2 hingga 2.30 pagi tadi dan mendiang sebelum ini mempunyai masalah jantung.
“Beliau mengalami bengkak kaki dan di bawa ke bahagian kecemasan antara jam 12.00 pagi -12.30 pagi.
“Sejam kemudian doktor mengesahkan bahawa Saudara Ramasundran telah tiada (beliau mempunyai sejarah masalah jantung). RIP dari Persatuan Seniman Malaysia,” katanya.
Menurut berita duka yang dikongsi oleh Persatuan Seniman Malaysia itu, Ramassuntran yang juga merupakan pelawak, penulis skrip serta pengarah meninggal dunia akibat masalah jantung.
“Kita kehilangan seorang pelakon, pelawak, penyanyi, pengarah yang sangat berdedikasi dan komited dengan kerjanya.
“Mendiang meninggalkan kenangan manis kepada semua sahabat-sahabat. Salam takziah buat isterinya Kamala dan keluarga. Good bye Rama, you may rest now.
“Mendiang mengalami bengkak kaki dan dibawa ke bahagian kecemasan antara jam 12.00 pagi hingga 12.30 pagi. Satu jam kemudian doktor mengesahkan bahawa Ramasundran telah tiada (mendiang mempunyai sejarah masalah jantung),” tulis persatuan itu.
Menerusi tinjauan Utusan Malaysia, ruang media sosial kini dihujani dengan ucapan takziah dan perkongsian cerita rakan-rakan artis ketika masing-masing pernah bekerjasama.
Antara lakonannya yang mencuri perhatian penonton seperti menerusi drama Cucu Wan Lebor dan filem Kerja Kahwin. Mendiang juga aktif dalam beberapa pementasan teater, antaranya teater Atap Genting Atap Rumbia.
Salam Takziah..